Followers

Saturday, April 23

Rambut dan sujud 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

selesai membalas komen dan blog walking ke 2-3 blog baru.nak cari kenalan baru lagi kan. so lepas jew selesai menerjah kembali blog rakan2 sekalian aku pon yang sepatutnya mennumpukan perhatian untuk study pon mulalah mencari info dengan lebih lanjut mengenai entry aku yang sebelum ini.(KLIK). ish Furball...patut nya ko cari info dulu baru post entry..ini dah terbalik plak..apa der..

dari blog seorang ustaz ini..dia ada menyatakan serba sedikit tentang solat..so aku juz ambik artikel pasal sujud...

Sujud

Selepas melakukan iktidal, adalah fardhu bagi setiap orang yang menunaikan solat untuk sujud. Berikut beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ketika sujud.



Pertama :- Berdasarkan mazhab Syafie, hendaklah mendahulukan lutut ke lantai sebelum tangan sebagaimana hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Syuraik bin Abdullah an-Nakhaei,

رأيت رسول الله (ص) إذا سجد , وضع ركبتيه قبل يديه وإذا نهض رفع يديه ركبتيه

Maksudnya : Aku telah melihat Rasulullah saw apabila sujud, baginda akan meletakkan kedua lututnya sebelum tangannya dan apabila bangkit, baginda akan mengangkat kedua belah tangannya sebelum lutut. (HR Abu Daud, an-Nasaei)

Kedua :- Ulama bersepakat bahawa sujud yang sempurna mesti dilakukan di atas 7 anggota. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim,

أمرت أن أسجد على سبعة أعظم , وعلى الجبهة , وأشار بيده على أنفه , واليدين واركبتين وأطراف القدمين

Maksudnya : Aku diperintahkan agar melakukan sujud dengan tujuh anggota sujud : Yakni dahi (sambil menunjuk hidung), dua belah tangan, dua lutut dan hujung kedua tapak kaki. (Mutafaqqun ‘alaih)

Ketiga :- Semasa sujud, hendaklah pastikan dahi terbuka tanpa ada sesuatu yang menghalang seperti kain atau rambut. Sabda Rasulullah saw,

أمرت أن أسجد على سبعة , لا أكف شعرا ولا ثوبا

Maksudnya : Aku diperintahkan untuk sujud di atas tujuh anggota, tidak ditutupi oleh rambut dan baju(dahi).

Selain itu hendaklah menekan dahi itu ke lantai yakni tidak memadai hanya mencecahnya sahaja. Dalilnya ialah hadis Nabi saw,

إذا سجدت فمكن جبهتك من الأرض ولا تنقر نقرا

Maksudnya : Apabila kamu sujud, hendaklah kamu menekan dahimu ke bumi dan jangan hanya mencecah semata-mata untuk cepat.

Keempat : - Ketika sujud hendaklah merapatkan jari sebagaimana hadis Nabi saw,

أن النبي (ص) كان إذا ركع فرج بين أصابعه , وإذا سجد ضم أصابعه

Maksudnya : Sesungguhnya Nabi saw apabila rukuk, baginda membuka (merenggangkan) jari-jarinya dan apabila sujud Nabi merapat-rapatkan jarinya.

Sunat membaca 3 kali tasbih ketika sujud iaitu :

سبحان ربي الأعلى

Maksudnya : Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi

Atau

سبحان ربي الأعلى وبحمده

Maksudnya : Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dan Terpuji

Atau

سبوح قدوس رب الملائكة والروح

Maksudnya : Yang Maha Suci Lagi Maha Bersih, Penguasa Malaikat dan Roh


tapi ini adalah daripada seorang jew. aku masih yakin ada banyak lagi pandangan ustaz2 kat luar sana.kalu korang ada jumpa blog or website boleh lah post kat komen aku.~_~

kata-kata cool pada hari ini: mulanya benci kemudian nya cinta. BENCI=benar-benar cinta!!!jgn dibilang benci kerana maksudnya berbeda!!

19 comments:

Wafiy Suzly said...

aku tak perasan ada yang ke dua, rabun ayam tul aku nehh

wiki said...

أمرت أن أسجد على سبعة , لا أكف شعرا ولا ثوبا

Maksudnya : Aku diperintahkan untuk sujud di atas tujuh anggota, tidak ditutupi oleh rambut dan baju(dahi).

1)Adakah anda pasti translation tu tepat? "tidak ditutupi"?

2)and kenapa ada "(dahi)" dkt hujung translation tu? adakah itu maksud sebenar hadith itu?

ok, let's keep on searching..=)

leyzajamil said...

terima kasih post entri berguna ni..IAllah dipermudahkan untuk perbaiki kesilapan dalam solat kita.

Jom BACA ni
yok bersenam yok!!
watch out your mouth!

chanz said...

ko kene carik artikel yg membahaskan pasal dalil tentang dahi tu..kang aku try carik & kongsi.

aku pun dulu masa sekolah main ikut je apa orang cakap (ustaz ke senior ke) pas baca banyak2 kat majalah i sumer aku rasa tak sumer yg dicakap tu betol da..

mykhalis said...

ilmu kita tentang sembahyang kebanyakannya berasal dari ilmu masa sekolah rendah..lepas tue jarang update dah

Sogeking Kun said...

cakap pasal sujud ni, tiba2 aku teringat pasal orang yang bangun lebih awal daripada imam selepas sujud. ada sesetengah orang suka bangun sejurus lepas dengar imam cakap 'allahuakbar'. by that time, imam tu masih belum berdiri tegak lagi. so, orang tu dikira hilang status 'berimam' dan dikira sebagai sembahyang 'solo'. that's from what i had learnt and heard. try ko cari info pasal tu dan post kan. =)

miss shark said...

kalau nak di ikutkan, dalam dunia ni banyak mahzab yang berbeza. banyak lah pandangan dan pendapatnya. woo, aku suka pulak kata2 cool kau tu. hehehee..

Nur Liyana said...

good2!!!heehe

benci cinta apa nie??hahaa
tak fhm nie!!!jap nk fikir bagi fhm!!!haha

Nadia Mashuri said...

info yang berguna..
=)

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??
Yamaha 135lc dan penjagaan

Honda ex5 dan Honda wave

isssshhh aku baru tau ni.... al maklum aku ni bukan arif sangat ... thanks infor ni

d_LA said...

aku pernah tahu versi yg sm mcm entry ni sbb ustaz skolah yg bagitau..setakat ni x jumpa lg versi lain..so aku pun ikut yg nilah setakat ni..

FurBall said...

@wafiy..eh eh..tade lah rabun..ahahaha..nih aku update lambat lepas mencari sikit2 info yang ada dalam tenet tuh..

@wiki..apa maksud ko translation tuh tepat ke tak..mana lah aku tau..bukan aku yang translate..n yang ditutupi tuh merujuk kepada dahi..kalu merujuk kepada tempat len tak masuk akal lah kan???lutut??kena ditutupi dgn kain sbb aurat kot.dan kalu nak merujuk kepada tapak tangan n jari kaki..aku tatau lah plak..

@leyzajamil..tuh r pasal..ehehe~_~

@chanz..tp kalu kita ikut jew pon tak pe..sbb apa yang dia ajar tuh tak salah pon..dalam bab dahi nih..kita ttp gak letak kan dahi kita utk sujud. mungkin jugak sbb dah jadi sunnah nabi,berserban bg melindungi rambut dari jatuh ke dahi masa sembahyang..who knows..

@khalis..tuh r pasal..betapa agak jahil nya kita nih..

@sogeking..yang tuh pon aku pernah dgr..yang tuh mmg dah batal sembahyang dia kata ustaz aku dulu.nih ustaz aku kat miri dulu..bukan yang aku cte sebelum nih.sbb dia berniat sebagai makmum..n dia mendahului imam tanpa niat utk tidak mengikut imam.dalam sembahyang kalu kita ada kecemasan dan nak cepat boleh berniat utk tidak mengikut iman dan jd solo.tp aku tak ingat plak dia nye niat..

@shark..so kita bergantung lah pada mazhab kita..jejeje..

@nur liyana..ahahaha...yang tuh plak dia perasan..ngeh3..

@nadia..~_~..tp tatau lah plak pasal pompuan..jejeje

@afzainizam..sama lah kita..aku pon bukan arif sgt..jejeje

@dla..heheh..tuh r patut nya berguru dalam ilmu agama nih..jejeje

::nuRuLaDHar:: said...

gud info! tq 4 sharing.. =)

wiki said...

sbb most of the translation yg aku jumpa, bukan mcm tu maksudnye..

most translation yg aku jumpa dia translate mcm ni:
Ibn’Abbaas related, ‘the prophet (saw) said: ‘I was ordered to prostrate on seven bones, was forbidden to tuck up my clothes and to collect my hair in Salaat’.

collect hair dkt situ means, utk org lelaki yg rambutnya agak panjang, dia tak boleh ikat rambut dia semasa nak sembahyang sbb takut rambut dia kotor kena lantai..

noting mentioned about dahi..

and.. apa apa translation pun kita kena make sure dulu tepat ke tak, tak boleh just pakai assume nabi maksudkan dahi and so on..

ok ke mus? =)

lady dayana. said...

info yang menarik ! dulu ust aku pun ada tanya mcm ini..yg dahi tu kira bahagian wajib kena kt sejadah lah. aku pun tatau sgt kenapa ni. huhuhu. aku pkai telekung. telekung tu aku tarikkkkk belakang betul2 lah. bg tak tutup dahi. uhuhu

Sogeking Kun said...

oh eh? batal terus eh? ustaz aku dulu cakap just hilang pahala berimam je. entah la. kena buat kajian balik ni. hehe.

FurBall said...

@nuruladhar..tq

@wiki..urm..betul jugak ko disitu.aku pon baru jew google translate kan petikan arabic tuh ke bahasa inggeris dan ianya sejibik macam yang ko cakap..jejeje..aku sendiri pon tak sure ki.

@lady dayana..ahahaha...jgn tarik blkg sgt sampai nampak rambut sudah!!

@owh..aku pon tatau gak..ini berdasarkan ustaz aku jew..sbb niat dia start smbhyang berimam..jejeje

alexa yussida said...

penah dgr juga yg mcm gini,dlu fardhu ain ustazah gtaw ,so foloe je dlu..ikut yakinlah :)

bencinta ke?keke

FurBall said...

@alexa..bencinta???apakah??ahahaha...campuran benci dan cinta ek??ehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...